728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Nov 2015

trade-forex-malaysia-canada-usd

Dollar CAD kembali melonjak lebih 85 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3375 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah pasaran Amerika Utara dibuka semula selepas cuti ‘Thanksgiving’, walaupun kebanyakan trader masih bercuti sehingga Isnin. Dollar terus mendapat permintaan apabila terdapat trader yang menambah kontrak belian baru, menjelang mesyuarat FOMC pada 15-16 Disember ini, dimana Federal Reserve AS dijangka akan menaikkan kadar buat kali pertama dalam masa hampir sedekad.

Loonie dibuka lemah berbanding Dollar AS, ekoran harga minyak yang turun kesan naratif lebihan bekalan yang semakin meningkat. Tekanan pada harga tenaga membawanya lebih rendah kerana permintaan yang berkurangan. Pada masa yang sama, kemelut geopolitik di sempadan Syria tidak dapat menyokong kenaikan harga minyak mentah secara berterusan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kini semua mata tertumpu kepada mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di mana penurunan pengeluaran akan dituntut oleh majoriti ahli, tetapi pasaran masih tidak pasti di mana pendirian Arab Saudi buat masa ini.  Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah yang masih dalam pembinaan, yang dijangka meningkat dari -2.3% kepada 1.6%; dan Kanada pula bakal melaporkan defisit akaun semasa yang dijangka berkurang dari C$-17.4 bilion kepada C$-15.2 bilion.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register