728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 30 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-020

Dollar CAD jatuh untuk hari kedua, lebih 100 pips Khamis semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3130 sebelum menutup sekitar paras 1.3170; setelah para pedagang mula mengambil untung belian bagi menutup buku dagangan bulan Oktober.  Para pedagang juga dilihat masih memberikan reaksi kepada kenyataan FOMC Federal Reserve yang menegaskan kenaikan kadar pada Disember ini adalah masih dalam perkiraan.

Para pelabur sememangnya menjangkakan Feds akan mengekalkan kadar, tetapi rujukan kenaikan pada Disember datang sebagai satu kejutan. Fed juga memandang ringan terhadap kegawatan pasaran kewangan global baru-baru ini, dengan berkata kadar pertumbuhan yang lebih perlahan dalam pasaran buruh, tidak menjejaskan kepercayaan terhadap keupayaan ekonomi AS untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pelabur cepat mengalih jangkaan mereka terhadap kenaikan Disember, dengan kontrak niaga hadapan kadar menaikkan peluang untuk kenaikan pada tahun ini kepada 47% daripada 34% sebelum kenyataan itu.

Dollar Kanada telah meningkat kira-kira tiga peratus bulan ini berbanding dolar AS. Sebahagian besar kenaikan itu telah disebabkan oleh sentimen suram mengenai ekonomi AS, yang telah menyaksikan siri penunjuk ekonomi yang mengecewakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Tetapi ahli ekonomi mengatakan bahawa kenaikan tersebut mungkin akan berbalik apabila Federal Reserve AS memberikan gambaran yang lebih jelas tentang jangkaan kenaikan kadar. Pada masa yang sama, ahli strategi di Pavilion Global Markets berkata bahawa loonie mungkin sudah tiada harapan. Dengan harga komoditi yang masih tertekan dan pemilihan kerajaan persekutuan yang kurang menyokong industri minyak Kanada, mereka percaya hanya terdapat sedikit sokongan untuk loonie Kanada.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register