728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 31 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD terus memacu naik lebih 95 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3045 sebelum menutup sekitar paras 1.3000; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan pasca mesyuarat FOMC yang melaporkan ekonomi yang semakin kukuh dan pasaran pekerjaan yang bertambah baik.  Laporan GDP AS semalam juga menyokong kenyataan ini, apabila suku kedua dilaporkan berkembang pada 2.3% lebih baik dari penguncupan 0.2% sebelum ini; walaupun sedikit rendah dari jangkaan 2.6%.

Selepas mesyuarat dasar FOMC dua hari, Feds berkata dalam satu kenyataan bahawa ekonomi utama dunia telah berkembang “sederhana” dalam beberapa bulan kebelakangan ini, dan pasaran pekerjaan telah diperkukuhkan, tetapi ia menegaskan pelaburan perniagaan dan eksport masih lemah.  Ia juga berkata inflasi adalah di bawah sasaran dan meletakkan sebab besarnya kepada kejatuhan harga tenaga dan import yang lebih murah disebabkan oleh Dollar yang kukuh.

telegram-moshed

Hari ini adalah hari yang besar untuk Kanada, dengan siaran data GDP bulanan. Terdapat empat penguncupan bulanan berturut-turut, sejak permulaan tahun 2015. Lima bulan kemerosotan terus menerus dalam GDP akan menjadi “penurunan terpanjang sejak kemelesetan,” menurut Benjamin Reitzes, ahli ekonomi kanan di BMO Capital Markets.  GDP Kanada dijangka statik pada 0%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register