728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD merudum lebih 340 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.3755 sebelum menutup sekitar paras C$1.3775; setelah Dollar Kanada mendapat sokongan selepas Russia mengulangi kesediaan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan dengan pengeluar OPEC bagi mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga mereka.  Bagaimanapun, harga minyak menjadi negatif selepas data mingguan untuk inventori minyak mentah AS datang lebih daripada jangkaan penganalisis.

Laporan Institut Petroleum Amerika (API) menunjukkan, stok minyak mentah AS meningkat sebanyak 3.8 juta tong untuk jumlah terkumpul sebanyak 500.4 juta tong pada minggu berakhir 29 Januari. Laporan mingguan Maklumat Pentadbiran Tenaga AS (EIA) pula dijangka menunjukkan peningkatan sebanyak 3.4 hingga 3.7 juta tong.

telegram-moshed

Dalam berita lain, laporan sektor swasta ADP menunjukkan pertumbuhan pekerjaan dalam sektor swasta AS perlahan sedikit pada bulan Januari, walaupun tidak ketara seperti yang dijangkakan. Laporan itu menunjukkan bahawa sektor swasta menambah 205 ribu pekerjaan baru pada Januari berbanding anggaran 193 ribu. Angka ini adalah lebih rendah daripada peningkatan sebanyak 267 ribu pada Disember lalu.  Keadaan ini menyebabkan Dollar AS hilang sokongan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register