banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD kembali memacu naik lebih 120 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.2510 sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar paras 1.2450; setelah data “trade balance” Kanada dilaporkan meleset dari jangkaan, -$3 billion berbanding -$2.1 billion, walaupun lebih baik dari sebelumnya iaitu -$3.9 billion.

Di pasaran Amerika Syarikat, laporan ADP non-farm payroll menunjukkan pertambahan dalam pekerjaan pada Mei. Anggaran konsensus daripada bilangan Jabatan Buruh, menurut satu kajian yang dijalankan oleh ahli ekonomi MarketWatch, adalah 210,000 pekerjaan berjaya diwujudkan pada bulan Mei.  Angka ini nanti akan dibandingkan dengan data NFP esok, untuk mendapatkan gambaran jangkaan pasaran dan keadaan sebenar.

telegram-moshed

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah jatuh lebih $1.80 setong, ekoran jangkaan bahawa pengeluaran OPEC akan kekal tinggi; sekaligus mencetuskan kebimbangan penawaran yang berlebihan, walaupun operasi pelantar minyak AS merosot. Pada masa yang sama, Bank of Canada menyuarakan keyakinan bahawa ekonomi Amerika Syarikat akan mula memecut pada separuh kedua 2015; tetapi penganalisis berkata bank pusat itu juga cuba mengatakan, bahawa mata wang Kanada yang lebih kukuh akan melemahkan prospek ekonomi Kanada.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register