banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Mac 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Mac 2016

Dollar CAD berada dalam dagangan tidak menentu Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3470 ke serendah C$1.3370, sebelum menutup sekitar paras C$1.3400; setelah data ekonomi AS yang lemah dibayangi oleh kemungkinan kejatuhan semula harga minyak. Pada masa yang sama, jangkaan NFP AS yang lebih baik serta PMI Kanada yang lebih lemah membuatkan pasaran kehilangan arah.

Di pasaran AS, tuntutan pengangguran dilaporkan meningkat daripada 272 ribu kepada 278 ribu, berbanding 271 ribu jangkaan.  Pada masa yang sama, tempahan perkilangan meleset pada 1.6% berbanding 2.1% jangkaan, walaupun lebih baik dari -2.9% pada sebelumnya.  Dalam pada itu, PMI perkhidmatan dilaporkan pada 53.4 mata berbanding 53.2 mata jangkaan, dan 53.5 mata pada sebelumnya.  Angka ini mendorong penjualan semula Dollar AS ekoran sentimen kenaikan kadar selanjutnya yang semakin pudar.

Bagaimanapun kemungkinan kejatuhan semula harga minyak, ekoran spekulasi kegagalan rundingan Arab Saudi dan Russia, bakal melemahkan semula Loonie, sekaligus menaikkan kadar tukaran USD/CAD. Langkah Iran sebagai pengeluar ketiga terbesar dunia, untuk tidak turut serta dalam menghadkan pengeluaran dilihat sebagai pemangkin untuk menggagalkan rundingan tersebut.

Hari ini AS bakal melaporan data ‘Non-Farm Payroll’ (NFP) yang ditunggu-tunggu, yang dijangka meningkat daripada 151 ribu kepada 195 ribu dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 4.9%.  Namun pendapatan purata sejam dijangka turun dari 0.5% kepada 0.2%. Kanada pula bakal melaporkan defisit imbangan perdagangan yang dijangka meningkat dari C$-0.6 bilion kepada C$-1 bilion dan PMI aktiviti ekonomi yang dijangka menurun dari 66 mata kepada 58.2 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register