banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD menjunam lebih 100 pips Selasa semalam dari paras tertinggi harian, sekitar 1.2542, untuk mencapai paras terendah, sekitar 1.2432, sebelum menutup pada sekitar 1.2494; selepas GDP Kanada dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  GDP tahunan setakat suku ke-4 2014, berkembang pada 2.4% berbanding 2% jangkaan, walaupun kurang dari 3.2% pada sebelum ini.  GDP bulanan pula dilaporkan pada 0.3% berbanding 0.2% jangkaan dan -0.2% pada sebelumnya.

Di Amerika Syarikat, ahli majlis Federal Reserve mula bersuara, mengatakan mereka mahu perubahan kepada kenyataan minit mesyuarat FOMC akan datang, dengan memasukkan pilihan menaikkan “interest rate” lebih awal atau selewat-lewatnya June ini; bagi memberi gambaran yang lebih tepat tentang pandangan Feds terhadap keadaan ekonomi AS.  Para penganalisa majoriti berkata, secara realistik dengan keadaan ekonomi semasa, kenaikan dijangka seawal September ini.

telegram-moshed

Hari ini Bank of Canada bakal melaporkan minit mesyuarat dan keputusan “interest rate” yang dijangka dikekalkan pada 0.75%; walaupun terdapat spekulasi pasaran mengatakan, Bank of Canada berkemungkinan menurunkan lagi “interest rate” pada mesyuarat malam ini.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “ADP employment change” yang dijangka menambah dari 213 ribu kepada 220 ribu pekerja dan “non-manufacturing PMI” yang dijangka menyusut dari 56.7 kepada 56.5  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register