728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-006

Dollar CAD terus memacu naik lebih 130 pips Jumaat lalu, untuk dua hari berturut-turut sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar paras 1.2165; selepas kejatuhan harga emas dan minyak mentah mula mengekang permintaan untuk “loonie”.  Dollar Kanada atau lebih dikenali sebagai “loonie” turun hampir 0.5% sebelum pasaran dibuka untuk dagangan di Bursa Saham Toronto (TSX).

Sektor emas menghadapi kejatuhan terbesar di TSX, turun 2.19% selepas harga emas jatuh mendadak dalam menghadapi Dollar AS yang lebih kukuh.  Syarikat Kanada yang menjual produk mereka dalam Dollar AS tetapi membayar kos mereka dalam Dollar Kanada, telah mendapat manfaat daripada mata wang Kanada yang lemah, kata McKinley seorang penganalisis bebas.

telegram-moshed

“Ia adalah salah satu perkara positif yang telah mengimbangi kewangan syarikat-syarikat tenaga Kanada, sebagai contoh” kata McKinley. “Jika mereka menjual minyak dalam Dollar AS tetapi kos mereka adalah dalam Dollar Kanada, kelemahan dalam Dollar Kanada telah benar-benar menjadi positif.”  Minyak mentah susut lebih $1.40 setong Jumaat lalu, walaupun masih diatas paras $55 setong ketika artikel ini ditulis.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register