728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 4 Mei 2016

Dollar CAD melonjak naik lebih 260 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2731 sebelum menutup sekitar paras C$1.2723; setelah Loonie kehilangan sokongan belian, terkesan dari harga minyak yang kembali merudum.  Pada masa yang sama, Dollar mendapat minat belian selepas komen ahli Feds Williams yang mengatakan Feds mungkin tidak akan menggunakan kadar negatif menarik minat pelabur kembali ke dalam Dollar.

Presiden Feds Chicago John Williams dalam satu temuramah Radio Bloomberg semalam, mengatakan bahawa beliau setuju untuk tidak menaikkan kadar pada tahun ini.  Beliau melihat pertumbuhan GDP sekitar 2% pada tahun ini dan kadar perlu dinaikkan secara perlahan-lahan dalam tempoh dua tahun akan datang.  Kenaikan kadar pada Jun ini hanya boleh dilakukan sekiranya inflasi terus meningkat dan keadaan sektor pekerjaan bertambah baik.

Di pasaran komoditi, harga minyak yang kembali merudum terkesan dari pengeluaran yang berlebihan mula memberati Loonie.  Harga minyak yang mencapai paras tertinggi 3 bulan pada Jumaat lalu, telah mendorong banyak syarikat untuk kembali beroperasi mengeluarkan minyak.  Pada masa yang sama, laporan terbaru tentang pertambahan pengeluaran dari Timur Tengah juga telah meningkatkan kebimbangan tentang lebihan bekalan.

telegram-moshed

Kanada yang telah banyak melabur sepanjang 10 tahun yang lalu, untuk membangunkan industri minyak dan gasnya, berdepan dengan kejatuhan berterusan harga minyak sejak dua tahun lalu, apabila pengeluar minyak syal mula beroperasi dan menambah bekalan, ekoran harga yang tinggi, lebih $100 setong, ketika itu.  Kemelut itu telah mendorong Bank of Canada untuk menurunkan kadar sebanyak dua kali bagi membantu pemulihan ekonominya yang banyak bergantung kepada sektor minyak dan gas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register