banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-005

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3795 ke serendah C$1.3640, sebelum menutup sekitar paras C$1.3750; setelah Dollar AS jatuh menjunam dan minyak kembali memacu naik. Penganalisis berkata, harga minyak telah pulih ekoran nilai Dollar yang menggelongsor dan spekulasi berterusan, namun belum disahkan, mengenai mesyuarat potensi pengeluar minyak untuk mengurangkan pengeluaran bagi menyokong harga, yang telah jatuh kira-kira 70% sejak pertengahan 2014.

Walau bagaimanapun, ciri utama perdagangan minyak baru-baru ini telah turun naik dengan melampau, dengan perubahan harga lebih daripada 10% dalam tempoh dua sesi dagangan sejak pertengahan Januari lalu. “Dollar AS yang lemah memberikan sedikit sokongan interim kepada kompleks komoditi, tetapi turun naik dalam minyak mentah kekal melampau. Stok minyak mentah AS yang meningkat juga, kekal sebagai ancaman berterusan untuk kelemahan harga.” menurut penganalisis ANZ bank.

telegram-moshed

telegram-moshed

Selain kenaikan dalam harga minyak, penganalisis juga menisbahkan lonjakan Loonie kepada kelemahan luas dalam Dollar AS. Matawang AS telah menghadapi hari yang paling buruk dalam tempoh tujuh tahun berbanding sekumpulan mata wangutama dunia, menurut laporan Bloomberg. Dollar AS merosot ekoran jangkaan yang semakin meningkat bahawa Federal Reserve AS tidak akan menaikkan kadar seperti yang dijangkakan. Menurut CME FedWatch, kebarangkalian kenaikan kadar Feds menjelang Disember, kini hanya 39%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register