banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007Dollar CAD yang dibuka dengan “gap up” Jumaat lalu, terus memacu naik lebih 130 mata, tanpa menoleh kebelakang untuk berada pada paras tertinggi harian sekitar 1.1785; selepas “manufacturing PMI” Kanada keluar meleset jauh dari sebelumnya, 53.9 berbanding 55.3 walaupun “manufacturing PMI” AS tidaklah lebih baik dari jangkaan.  Kejatuhan “loonie” ini adalah didorong oleh kejatuhan harga minyak ke paras $52 setong pada hari yang sama.

Permintaan untuk Dollar yang terus menerus meningkat sepanjang tahun 2014, ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” oleh Federal Reserve, menjadikan matawang lain hilang daya tarikan, walaupun kenaikan itu tidaklah sebanyak mana berbanding yang dibayar oleh bank-bank Australia dan New Zealand.  Para penganalisa menjangkakan kenaikan “interest rate” AS hanyalah sekitar 0.25% menjadikannya 0.5% berbanding 2.5% oleh Australia dan 3.5% oleh New Zealand pada masa ini.

Keadaan ini mendorong pengurus dana dan pelabur membeli lebih banyak aset dan menambah pelaburan di kedua negara ini lantaran “Aussie” dan “Kiwi” yang lebih murah dan membayar “interest” yang lebih tinggi.  “Loonie”, “Aussie” dan “Kiwi” adalah 3 matawang utama berasaskan komoditi yang nilainya banyak dipengaruhi oleh harga komoditi seperti galian, logam, bijirin dan bahan makanan.

telegram-moshed

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka “ranging” dalam dagangan tipis.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register