728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD jatuh lebih 85 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.2180 sebelum menutup lebih rendah sekitar paras 1.2095; selepas “loonie” kembali mendapat permintaan terkesan dari harga emas yang meningkat dan mintak mentah yang kembali stabil diatas paras $55 setong.

Dollar juga telah merosot sekitar 5% berbanding dengan sekumpulan mata wang utama pada separuh kedua bulan April. Data yang lemah daripada jangkaan telah menimbulkan keraguan, mengenai sama ada Federal Reserve AS akan menaikkan “interest rate” pada bulan-bulan yang akan datang.  Harga minyak yang lebih kukuh juga telah meningkatkan nilai “loonie”.

telegram-moshed

West Texas Intermediate, kontrak utama di pasaran Amerika Utara, telah menghampiri $60 setong pada Khamis lalu, yang merupakan harga tertinggi dalam masa empat bulan. Dalam tempoh tiga minggu lalu, minyak telah didorong lebih tinggi dengan prospek gangguan bekalan apabila Arab Saudi berperang dengan pemberontak Houthi di Yaman.

Pemerhati menjangkakan mata wang Kanada akan bergerak dengan lebih banyak lagi, selepas lantunan baru-baru ini, mungkin sehingga 85 sen US (~USD|CAD 1.17); tetapi itu mungkin bersifat sementara, kata mereka.  Bank of Nova Scotia, sebagai contoh, dalam ramalan terbaru menjangka bahawa loonie akan meningkat kepada sekitar 85 sen US (~USD|CAD 1.17) pada suku kedua tahun ini, sebelum tergelincir kembali dan mengakhiri tahun ini pada 79 sen US (~USD|CAD 1.26).

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register