Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari kedua Rabu semalam, lebih 190 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2885 sebelum menutup sekitar paras C$1.2867; setelah harga minyak yang tidak menentu dan laporan ekonomi AS yang bercampur-campur memberati Loonie.  Pada masa yang sama, laporan imbangan perdagangan Kanada yang jauh meleset dari jangkaan menyebabkan Loonie kehilangan sokongan belian.

Di pasaran AS semalam, laporan ekonomi keluar bercampur-campur dengan laporan ADP pekerja swasta menambah kurang dari jangkaan dan bulan sebelumnya.  Hanya 156 ribu pekerjaan ditambah berbanding 194 ribu pada sebelum ini, dan pasaran menjangkakan penambahan sebanyak 205 ribu. Walau bagaimanapun, PMI bukan pembuatan dilaporkan pada 55.7 mata yang lebih baik dari 54.5 mata pada sebelum ini dan jangkaan pasaran sebanyak 54.9 mata.

Di pasaran Kanada pula, imbangan perdagangan negara pengeluar minyak kelima terbesar dunia itu dilaporkan bertambah buruk dengan defisit melebar kepada C$3.4 bilion berbanding C$2.5 bilion dalam laporan sebelum ini. Pasaran menjangkakan defisit akan mengecil kepada hanya C$1.2 bilion sahaja.  Lebihan dagangan ke AS juga semakin berkurang kepada C$1.5 bilion – yang terendah sejak Disember 1993.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 257 ribu kepada 261 ribu.  Kanada pula bakal melaporkan kelulusan permit bangunan yang dijangka menyusut teruk dari 15.5% kepada -4.6%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register