728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD melonjak lebih 145 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3190 sebelum menutup sekitar paras 1.3150; dalam dagangan sehala sepanjang hari, apabila Dollar AS mendapat momentum dari komen aggresif Pengerusi Feds Janet Yellen kepada kongres Amerika yang begitu yakin dengan prestasi ekonomi AS, sekaligus mewajarkan kenaikan kadar.

Para trader melihat peluang 52% Feds AS akan meningkatkan kadar daripada hampir sifar pada mesyuarat FOMC Disember ini, meningkat daripada 34% kemungkinan pada 26 Oktober lalu, sehari sebelum Feds bermesyuarat. Pengiraan adalah berdasarkan kepada andaian bahawa kadar akan mencapai purata 0.375% selepas kenaikan pertama, berbanding dengan julat semasa – sifar hingga 0.25%.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pada masa yang sama, angka pekerjaan yang mantap dari Amerika Syarikat akan mengesahkan daya tahan pemulihan ekonomi utama dunia itu; dan meningkatkan lagi kemungkinan bahawa Federal Reserve akhirnya akan menaikkan kadar pada mesyuarat dasar FOMC Disember ini.  Pelabur mengetepikan data sektor perkhidmatan China yang dilaporkan agak kuat, sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap kelemahan berterusan dalam ekonomi global.

Angka “Non-Farm Payroll” AS esok bakal menjadi penentu kepada sentimen kenaikan kadar Feds pada tahun ini.  Pasaran menjangkakan pertambahan perkerjaan sebanyak 179 ribu berbanding 142 ribu pada bulan lepas.  Sebarang angka yang meleset dari jangkaan, bakal menyebabkan jualan semula Dollar dalam masa terdekat; walaupun ianya dilihat bersifat sementara.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register