USDCAD Analisa Fundamental Harian 5 Oct 2015

0 1

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD terus merudum untuk hari ketiga beturut-turut, jatuh 115 pips Jumaat lalu untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3150 sebelum menutup sekitar paras 1.3155; setelah laporan pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat begitu mengecewakan pasaran dengan hanya 142 ribu pekerjaan diwujudkan berbanding 201 ribu yang diharapkan oleh ahli ekonomi.

Di pasaran komoditi, minyak mentah terus stabil dan meningkat lebih tinggi untuk tiga minggu, sekaligus menyokong pembelian ‘loonie’ disamping harga emas yang melonjak selepas laporan NFP yang mengecewakan pasaran, mula membenih spekulasi bahawa kenaikan kadar AS pada tahun ini; mungkin terpaksa ditangguhkan seperti yang disarankan IMF pada permulaan musim panas lalu.

Pasaran AS telah menjadi tidak menentu sejak beberapa bulan lalu, terima kasih kepada kegawatan pasaran di China, krisis hutang Greece dan ketidakpastian tentang kenaikan kadar. Dalam sidang akhbar September lalu, Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen mengumumkan bahawa Feds tidak akan menaikkan kadar pada bulan September.  Beliau menambah, kelembapan dalam ekonomi China telah lama dijangka dan bukanlah menjadi dasar Feds untuk bertindak balas kepada turun naik dalam pasaran.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa