banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 April 2016

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari keempat Selasa semalam, lebih 145 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3218 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras C$1.3137; setelah harga minyak terus jatuh dan memberati Loonie. Kanada merupakan pengeluar minyak utama dan minyak adalah antara eksport yang paling penting, jadi apabila harga minyak menjunam maka Dollar Kanada mengikut sama. Inilah yang berlaku pada tahun 2015.

Apabila harga minyak naik, CAD biasanya akan mengikut. Baru-baru ini minyak telah meningkat kepada lebih $40 setong berikutan jangkaan bahawa konsortium pengeluar minyak utama, OPEC, akan mengurangkan pengeluaran untuk menyokong pemulihan harga. Walau bagaimanapun, apa-apa keputusan dari OPEC mungkin tidak mempunyai kesan dorongan menaik kepada CAD.

Hasil yang mungkin dari mesyuarat OPEC adalah pembekuan pengeluaran pada tahap Januari untuk semua pengeluar kecuali Iran. Jika itu berlaku, kesan adalah sebahagian besarnya simbolik dan tidak mungkin untuk memacu harga minyak lebih tinggi. Malah, ia boleh membawa kepada jualan, menurut segelintir penganalisis.

telegram-moshed

Dalam pada itu, Federal Reserve AS awalnya dijangka akan menaikkan kadar sebanyak satu peratus secara keseluruhan mengikut pandangan ahli-ahli FOMC, bagaimanapun, faktor-faktor global yang semakin tidak menentu, termasuk penurunan nilai Yuan, membawa kepada sebahagian ahli-ahli FOMC tiba-tiba menjadi berhati-hati dan pasaran mula menurunkan jangkaan mereka terhadap kenaikan kadar Feds.

Kini Federal Reserve AS telah mengubah jangkaan kenaikan kadar yang lebih selari dengan pasaran, yang telah membantu Dollar AS untuk lebih stabil. Sekarang Fed menjangka dua kenaikan pada tahun ini, yang lebih harmoni dengan pasaran dan paras semasa Dollar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register