728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-003

Dollar CAD terus memacu untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 120 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4020 sebelum menutup sekitar paras C$1.3995; setelah kebimbangan terhadap pertubuhan ekonomi global dan ketegangan di Timur Tengah kembali menghantui pasaran.  Pada masa yang sama, minyak mentah yang masih terus merudum, menghalang sokongan belian untuk Loonie yang banyak bergantung kepada komoditi emas hitam tersebut.

Di pasaran Kanada semalam, Jabatan Statistik Kanada melaporkan indeks harga bahan mentah pada 4% dibawah sifar untuk bulan November, jauh meleset dari jangkaan 2.3% dibawah sifar.  Pada masa yang sama, indek bulan Oktober yang dilaporkan pada 0.4% disemak semula lebih rendah kepada sifar. Harga bahan mentah yang terus menerus merudum menunjukkan permintaan yang semakin kurang, lantaran dari aktiviti ekonomi yang semakin perlahan.

telegram-moshed

Kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global diburukkan lagi semalam, apabila China diberitakan terpaksa menyuntik lebih 130 bilion Yuan ($20 bilion) ke dalam pasaran kewangannya bagi mengawal kejatuhan pasaran ekuiti, selepas pemodal asing menjual lebih $590 bilion pegangan mereka. Pelabur antarabangsa terpaksa mencairkan pelaburan mereka yang bergantung kepada dana pinjaman apabila Federal Reserve AS menaikkan kadar bulan lepas.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register