Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-013

Dollar CAD memacu naik semula lebih 100 pips untuk mencapai paras tertinggi harian, sekitar 1.2518 Khamis semalam, setelah “ivey PMI” Kanada dilaporkan pada 49.7 berbanding 50.0 jangkaan.  Data ekonomi Amerika Syarikat pula, semuanya dilaporkan meleset dari jangkaan – “unemployment claims” yang meningkat kepada 320 ribu berbanding 293 ribu jangkaan dan 313 ribu pada sebelumnya.  “Factory orders” pula meleset kepada -0.2% berbanding jangkaan 0.2%

Harga minyak mentah menyusut sedikit semalam, sekitar $1.60 setong, lantaran aktiviti pengambilan untung.  Ketika artikel ini ditulis, harga telah pun berada di bawah pivot harian sekitar $51.30 setong.  Laporan dari negara China menyebut, ekonomi negara itu dijangka berkembang pada kadar 7% tahun ini.  China yang juga merupakan kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia, adalah antara rakan dagang Kanada yang terbesar dan boleh memberi kesan kepada permintaan untuk “loonie”

Hari ini Kanada bakal melaporkan “building permits” bulanan yang dijangka mengurang pada -4.3% berbanding 7.7% pada sebelum ini.  Amerika Syarikat pula dengan data NFP yang dijangka mengurang dari 257 ribu kepada 240 ribu dan “unemployment” yang dijangka bertambah baik dari 5.7% kepada 5.6%  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!