USDCAD Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2016

0 0

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar C$1.2785 ke setinggi C$1.2875, sebelum menutup sekitar paras C$1.2852; setelah pasaran berada dalam dagangan tidak menentu terkesan dari harga minyak yang bercampur-campur dan komen dua Presiden Feds cawangan yang menyokong kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC Jun ini.

Dalam pada itu, kekuatan Loonie sejak tiga bulan lalu, mula mengancam sektor perkilangan yang bergantung kepada nilai Loonie yang rendah bagi menjana eksport.  Ketua Pakar Ekonomi BMO, Doug Porter memberitahu kepada dalam satu nota kepada pelanggan bahawa “kadar tukaran asing adalah faktor yang besar, dan kenaikan nilai Dollar Kanada selama tiga bulan lepas, kini mengancam peningkatan eksport.”

Jabatan Statistik Kanada dalam laporan terbaru mengatakan eksport jatuh terduduk pada bulan Mac, apabila defisit perdagangan Kanada mencapai $3.4 bilion berbanding $2.5 bilion pada bulan Februari.  Defisit meningkat apabila import melebihi eksport, dan penurunan nilai eksport ini berlaku apabila matawang sesebuah negara meningkat nilai.

Malam ini Amerika Syarikat bakal melaporkan angka pekerjaan sektor bukan perladangan (NFP) yang dijangka berkurang dari 215 ribu kepada 203 ribu dan kadar pengangguran yang stabil pada 5%.  Kanada pula bakal melaporkan pertambahan pekerjaan yang berkurang dari 40,600 pada Mac kepada hanya 200 sahaja pada bulan April.  Kadar pengangguran dijangka meningkat 0.1% kepada 7.2%.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa