Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 7 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD merudum lebih 100 pips sepanjang sesi New York Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.3095 sebelum menutup sekitar paras 1.3110; setelah pasaran mula dipenuhi aktiviti pengambilan untung dan para pedagang harian yang mula bersedia dengan laporan NFP hari ini yang dijangka merosot.

Di pasaran komoditi, harga minyak mentah terus merudum untuk mencecah paras terendah sekitar $44.20 setong semalam.  Dollar Kanada mencecah paras 11 tahun terendah Rabu lalu berbanding rakan sejawatnya Dollar Amerika Syarikat, kerana harga minyak yang lemah dan penurunan “interest rate” selanjutnya mungkin terus menjejaskan sentimen dalam mata wang Kanada.

Hari ini Kanada bakal melaporkan permit bangunan yang dijangka meningkat dari -14.5% kepada 5.1%, angka pekerjaan yang dijangka meningkat dari -6,400 kepada 5,300 dan kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 6.8%.  AS pula bakal melaporkan “Non-Farm Payroll” yang dijangka menurun dari 223 ribu kepada 222 ribu dengan kadar pengangguran kekal pada 5.3%.  Pendapatan purata sejam pula dijangka meningkat dari 0% kepada 0.2%

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register