728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-004

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari ketiga Rabu semalam, lebih 130 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4110 sebelum menutup sekitar paras C$1.4070; setelah Dollar terus mendapat permintaan dan Loonie terus lemah dengan kejatuhan harga minyak dan pasaran komoditi yang merudum ekoran ketegangan geopolitik di Timur Tengah dan ujian nuklear Korea Utara.  Pada masa yang sama, data PMI perkhidmatan China yang meleset dari jangkaan dilihat membakar sentimen untuk China mengulangi tindakannya pada Ogos lepas.

Kanada yang menjadi perhatian dunia apabila berjaya menangani krisis kewangan global 2008-09 dengan lebih baik daripada hampir mana-mana negara maju yang lain, tiba-tiba hilang kedudukan dalam ekonomi global. Harga minyak yang tinggi dan peningkatan pengeluaran minyak syal yang telah mendorong pertumbuhan ekonominya sejak sedekad lalu, kelihatan tidak mungkin untuk kembali dalam masa terdekat, menyebabkan Bank of Canada menurunkan kadar sebanyak dua kali tahun lepas bagi menurunkan kos modal bagi menjana ekonominya.

telegram-moshed

telegram-moshed

Hari ini Kanada bakal melaporkan indeks Ivey PMI yang mengukur kekuatan aktiviti ekonomi yang dijangka menurun dari 63.6 mata kepada 56.7 mata dan Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz juga bakal berucap di Ottawa bagi memberi pandangan masa depan ekonomi Kanada.  Pada masa yang sama, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka menurun dari 287 ribu kepada 271 ribu pemohon.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register