728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 7 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-010

Dollar CAD terus menjunam lebih 135 pips Rabu semalam, untuk tiga hari berturut-turut dan mencapai paras terendah harian sekitar 1.1940, sebelum menutup pada paras 1.2045; setelah Dollar terus menerus lemah sebelum laporan NFP esok.  “Loonie” terus menerus mendapat permintaan ekoran harga minyak yang terus kukuh. Harga minyak mentah, antara eksport terbesar Kanada, telah disokong oleh spekulasi China akan menyuntik lebih banyak rangsangan ke dalam ekonominya.

Satu laporan terbaru mengatakan defisit perdagangan Kanada meningkat pada kadar yang lebih tinggi daripada yang dijangkakan. Kajian ini menunjukkan defisit meningkat kepada C$3 bilion untuk Mac setelah pertumbuhan eksport gagal menandingi pertumbuhan dalam import.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, peralihan kepada prospek yang lebih cerah oleh Gabenor Bank of Canada lewat April lalu, telah membantu melonjakkan “loonie” kepada kenaikan bulanan terbesar dalam masa hampir enam tahun. Namun, masalahnya ialah bahawa kadar pertukaran yang lebih lemah adalah apa yang Kanada perlukan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonominya.

Lantaran itu, terdapat spekulasi tentang kemungkinan Bank of Canada bakal menurunkan “interest rate” secara tiba-tiba seperti yang dibuatnya pada mesyuarat Januari lalu; untuk terus melemahkan “loonie” bagi mendapatkan lebihan eksport sekaligus mengimbangkan defisit dagangannya.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register