728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-018

Dollar CAD bergolak ganas Jumaat lalu dengan pergerakan naik turun lebih 100 pips dalam masa 2 jam, sebelum merudum lebih 90 pips untuk menutup lebih rendah dari pembukaan, sekitar paras 1.2430; selepas data ekonomi Kanada terbukti lebih kukuh dari Amerika Syarikat.  Walaupun NFP Amerika Syarikat keluar pada 280 ribu berbanding 222 ribu jangkaan, itu hanya 26% perbezaan berbanding data pekerjaan Kanada yang bertambah 477% lebih dari jangkaan (58.9k vs 10.2k).

“Loonie” mengukuh berbanding kebanyakan matawang utama selepas Statistik Kanada berkata majikan menambah 58,900 pekerjaan pada bulan Mei dan kadar pengangguran kekal pada 6.8%. Ahli ekonomi yang dikaji oleh Bloomberg News, mengunjurkan 10,200 pekerjaan dan kadar pengangguran yang tidak berubah pada 6.8% Itu adalah perbezaan yang besar berbanding dengan NFP Amerika Syarikat dan tambahan pula kadar pengangguran Amerika Syarikat meleset dari jangkaan, 5.5% berbanding kekal pada 5.4%.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register