USDCAD Analisa Fundamental Harian 8 Sep 2015

0 11

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD terus memacu lebih 75 pips Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3310 sebelum menutup sekitar 1.3305; walaupun kedua-dua pasaran Amerika Syarikat dan Kanada bercuti sempena Hari Buruh. Dolar Kanada terikat kepada pasaran komoditi, tidak seperti dolar AS. Oleh itu, apabila harga minyak mula jatuh pada musim panas ini, di bawah $40 setong buat kali pertama sejak 2009, “loonie” ikut serta.

Patrick Barky, Pengarah Biro Perniagaan dan Penyelidikan Ekonomi di Universiti Montana berkata, penurunan harga minyak mentah adalah pukulan kedua buat dolar Kanada, kerana harga gas asli juga turut rendah.  “Beberapa faktor masih tidak dapat ditentukan, seperti pilihan raya Kanada yang akan datang dan keputusan kadar Federal Reserve AS pada bulan ini yang akan memberi kesan kepada mata wang kedua-dua negara tersebut.

Jika mata wang Kanada terus jatuh, pelabur akan menjual “loonie” dan membeli dolar Amerika. Dan apabila harga minyak terus jatuh, spekulator kembali kepada “safe-haven” dolar AS,” tambah beliau lagi.  Tiada sebarang data ekonomi dari kedua-dua negara yang bakal dilaporkan pada hari ini.

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa