USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Dis 2015

0 0

Patrick Corrigan

Dollar CAD terus memacu naik lebih 120 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3620 sebelum menutup sekitar paras 1.3585; setelah Loonie terus dipukul hebat dengan kejatuhan harga minyak dan emas, serta data China yang lemah. Mata wang komoditi telah dibelasah secara menyeluruh, dengan Aussie yang merudum dan Kiwi yang tidak menentu. Loonie yang banyak dipengaruhi oleh harga minyak, telah jatuh lebih 18% sepanjang tahun ini.

Tinjauan mata wang untuk pengeksport minyak telah diselubungi oleh laporan dari Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) yang tiada menyatakan sebarang had pengeluaran; sekaligus boleh mengangkat had dari berjuta-juta tong tambahan bekalan minyak mentah. Lebihan bekalan global yang juga memberati pasaran logam, memberi kesan kepada kadar pertukaran untuk negara-negara yang menjual bahan mentah.

“Harga komoditi berada di bawah tekanan yang besar,” kata Mazen Issa, ahli strategi kanan pertukaran asing di Toronto Dominion Bank di New York. Dengan para trader yang menjangkakan Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC minggu depan, ia “masih kelihatan menarik” untuk membeli Dollar AS berbanding mata wang negara-negara pengekspot sumber bahan mentah, tambah beliau lagi.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa