banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar C$1.3840 ke setinggi C$1.3975, sebelum menutup sekitar paras C$1.3925; setelah kejatuhan harga minyak telah diimbangi oleh kenaikan harga emas dan rangsangan tambahan oleh People Bank of China (PBOC) sebelum cuti panjang Tahun Baru. Kanada kini dilihat bergelut dengan apa yang dipanggil oleh Moody Analytics sebagai “kemelut Loonie.”

Apa yang dimaksudkan adalah bahawa wilayah pengeluar tenaga berada dalam kesusahan yang mendalam, kesan dari kejatuhan harga minyak mentah; manakala wilayah perindustrian pula mula berdaya saing apabila harga minyak yang lebih rendah menekan nilai Dollar Kanada, sekaligus membantu meningkatkan eksport. Dengan kata lain, Ontario menjadi makmur dengan kejatuhan nilai matawang, tetapi Alberta terpaksa bertahan dalam kegawatan.

telegram-moshed

“Penurunan harga minyak dan Loonie yang lebih murah, menawarkan daya saing bagi pusat perindustrian utama Kanada seperti Ontario dan Quebec, walaupun ianya menjadi ancaman kepada wilayah utama yang menghasilkan tenaga seperti Alberta, Saskatchewan, Newfoundland dan Labrador,” menurut Paul Matsiras, seorang pakar ekonomi di Moody Analytics.  Dalam laporan pekerjaan yang terbaru Jumaat lalu, kesan ini telah pun ditunjukkan dengan kenaikan kadar pengangguran dan kehilangan pekerjaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register