728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

USDCAD Analisa Fundamental Harian 9 Mac 2016

Dollar CAD melonjak lebih 140 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.3445 sebelum menutup sekitar paras C$1.3405; setelah harga minyak jatuh dan Dollar AS kembali mendapat permintaan ekoran kebimbangan terhadap ekonomi global kembali menguasai pasaran, selepas China melaporkan imbangan dagangan yang semakin lemah.  Namun emas tidak menunjukkan reaksi yang dijangkakan, ekoran pasaran yang masih dikuasai aktiviti pengambilan untung.

Di pasaran Kanada semalam, kelulusan permit bangunan baru untuk bulan Januari jatuh mendadak tidak disangka pada -9.8% berbanding jangkaan untuk kejatuhan sebanyak -2.2% sahaja.  Kelulusan bulan Disember juga disemak lebih rendah dari 11.3% kepada 7.7%.  Pengurangan mendadak dan tidak disangka itu, menunjukkan pemaju dan kontraktor yang tidak menerima permintaan untuk membina bangunan atas pelbagai faktor.

telegram-moshed

Antara faktor yang dipertimbangkan penganalisis adalah cuaca musim sejuk bulan Januari yang menghalang pembinaan aktif; disamping faktor ekonomi yang melemah apabila GDP Kanada dilaporkan menurun dari 0.3% kepada 0.2% pada bulan Disember lalu.  Ini juga selari dengan laporan PMI yang menunjukkan aktiviti perindustrian yang menurun dari 66 mata kepada 53.4 mata baru-baru ini.

Hari ini Bank of Canada bakal melaporkan keputusan kadar yang dijangka kekal pada 0.5%.  Ekoran komen pada mesyuarat Januari lalu, dimana Boc mengatakan ransangan fiskal adalah cukup besar untuk menampung pemulihan ekonomi Kanada, ramai penganalisis melihat 22 Mac nanti sebagai tarikh penentu arah CAD apabila laporan belanjawan Kanada akan dibentangkan.  Walau bagaimanapun, sebarang komen negatif dan kejutan dari BoC, boleh menyebabkan CAD kehilangan sokongan belian, terutamanya dengan situasi harga minyak yang masih tidak menentu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register