728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥112.65 ke serendah ¥112.10, sebelum menutup sekitar paras ¥112.55; setelah Dollar AS kembali mendapat momentum yang menghadkan penurunan dan pasaran yang bersedia untuk laporan NFP malam ini.

Kekuatan Yen telah menimbulkan spekulasi bahawa pihak berkuasa Jepun akan campur tangan untuk melemahkan Yen, tetapi idea tersebut kelihatan janggal kini, kerana ia akan memburukkan lagi masalah kepada Perdana Menteri Shinzo Abe dan Bank of Japan, yang telah dikritik kerana dasar kadar negatif.  Jepun kini “menuju kembali ke dalam lumpur,” menurut strategis Société Générale, Kit Juckes.

telegram-moshed

Ekonomi Jepun telah kembali lemah, dan apa-apa peningkatan dalam ekonomi memerlukan pengguna Jepun untuk membuka dompet mereka dan berbelanja lebih. Penunjuk perbelanjaan pengguna Jepun adalah bercampur-campur. Jualan runcit mencatatkan tiga penurunan berturut-turut, menghantar kenaikan sebanyak 0.5% pada bulan Februari.

telegram-moshed

Terdapat berita yang lebih baik dari perbelanjaan isi rumah, yang mencatatkan kenaikan yang kukuh sebanyak 1.2%, selepas lima penurunan berturut-turut. BoJ kekal di bawah tekanan untuk mengambil tindakan pada mesyuarat dasar April ini, walaupun ia boleh dipersoalkan sama ada BoJ masih mempunyai kaedah kewangan yang berkesan. BoJ mengguna pakai kadar negatif pada bulan Januari, tetapi ini tidak banyak memberi nafas baru ke dalam ekonomi Jepun atau meningkatkan inflasi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register