728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 1 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 122.70 ke serendah 121.95; setelah matawang ‘safe-haven’ terus mendapat permintaan dalam situasi pelabur yang berjuang untuk mentafsirkan bagaimana risiko akan bermain di dalam pasaran mata wang, terutamanya ketidaktentuan yang semakin meningkat tentang bila Fed akan meningkatkan kos pinjaman dan sama ada hutang Greece yang besar akhirnya akan menolak ia keluar dari zon Euro.

“Fed boleh menangguhkan untuk menaikkan “interest rate” jika penularan krisis Grexit boleh merebak lebih luas daripada jangkaan, atau jika Dollar menguat terlalu banyak,” menurut Waif Leif, ketua pelbagai aset global di USAA Pelaburan, dengan $68 bilion aset dan dana.  Pasaran ekuiti Jepun jatuh dan yen mengukuh setelah Greece bertindak untuk mengelakkan keruntuhan sistem kewangan selepas rundingan dengan bantuan kewangan pemiutang gagal; sekaligus meningkatkan risiko ia terpaksa keluar dari Euro-Zone.

telegram-moshed

Isnin lalu jualan runcit Jepun berkembang 1.7% pada Mei berbanding bulan sebelumnya, mengalahkan anggaran pakar ekonomi untuk peningkatan 1%. Satu laporan berasingan menunjukkan bahawa pengeluaran perindustrian merosot 2.2% pada Mei berbanding April, lebih buruk daripada jangkaan penurunan sebanyak 0.8%.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register