USDJPY Analisa Fundamental Harian 1 Mac 2016

0 2

Dollar Yen jatuh lebih 165 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥112.65 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah data dilaporkan bercampur-campur dan Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda membincangkan dasar kewangan dan ekonomi Jepun. Yuan China dijangka menjadi salah satu topik utama pada mesyuarat G20; sebaliknya, Yen dan kewangan dasar Jepun telah dikenal pasti sebagai sumber kerisauan beberapa pegawai daripada kuasa ekonomi utama dunia.

“Secara jujur, debat itu juga mengenai Jepun, dan ada beberapa kebimbangan bahawa pasaran akan memasuki keadaan penurunan nilai kompetitif,” menurut ketua Eurogroup Jeroen Dijsselbloem di Shanghai. Apabila satu-satu negara merendahkan nilai matawangnya, terdapat “risiko yang sangat besar bahawa negara lain akan mengikutinya dan pasaran memasuki keadaan penurunan nilai kompetitif,” tambah Dijsselbloem lagi.

Gabenor BoJ Haruhiko Kuroda berkata kepada pemberita di Shanghai bahawa tiada bangkangan untuk dasar kadar negatif pada mesyuarat G-20, dan ianya difahami oleh ahli G20. Dalam pada itu, output perindustrian Jepun meningkat 3.7% pada bulan Januari, buat kali pertama dalam tempoh tiga bulan, menurut data yang dikeluarkan semalam. Ini mungkin kenaikan sementara dalam aktiviti perkilangan, walaupun permintaan dalam dan luar negeri masih lemah.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa