728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-004Dollar Yen terus menyusut keparas terendah Selasa sekitar 119.50 apabila pasaran New York dibuka, selepas data “machine tool orders” dari Jepun meningkat lebih baik, dari 30.8% kepada 36.6%, berbanding tahun lepas pada Selasa sesi Asia.  Pada masa yang sama, Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding 6 matawang utama dunia, terus jatuh ke paras terendah Selasa sekitar 88.60

Penguncupan ekonomi Jepun dianggarkan pada 1.6% untuk suku ketiga tahun 2014 dan penurunan taraf kredit oleh Moody’s baru-baru ini menunjukkan masalah ekonomi yang lebih buruk dari yang disangkakan.  Ekonomi Jepun yang telah menguncup 6 bulan berterusan, mengesahkan masalah ekonomi Jepun kurang seminggu sebelum pilihanraya umum pada 14 Disember ini.  Sebagai kuasa ekonomi ketiga tersebar dunia, sebarang masalah yang dihadapi Jepun bakal memberi kesan kepada rakan dagangannya seperti China yang telah mengesahkan eksport yang meleset dari jangkaan.

Hari ini, dengan ketiadaan data berimpak tinggi dari Jepun dan Amerika Syarikat, data “consumer confidence index” dari Jepun dan “mortgage applications” serta “crude oil stock change” dari Amerika Syarikat, dilihat sebagai antara faktor yang bakal mempengaruhi pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register