banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar ¥115.85 ke serendah ¥114.20, sebelum menutup sekitar paras ¥115.10; setelah Dollar AS lemah dan trader berlari kepada aset ‘safe-haven’. Emas telah pun hampir mencapai puncak dan kini trader pergi kepada Yen. Dollar AS jatuh kepada paras 15 bulan terendah berbanding Yen, apabila penurunan harga minyak menaikkan permintaan pasaran untuk matawang ‘safe-haven’ itu.

Yen, salah satu daripada matawang ‘safehaven’ utama, meningkat hampir 1% kepada paras tertinggi berbanding Dollar AS sejak November 2014. Indeks Dollar, yang mengukur kekuatan Dollar terhadap enam matawang utama, telah turun lebih 0.38%, menutup sekitar 96.00 mata dalam dagangan lewat semalam. Tanpa data utama semalam, pelabur masih mencerna laporan NFP yang dikeluarkan pada Jumaat lalu. Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa jumlah pekerjaan bukan ladang meningkat sebanyak 151 ribu pada bulan Januari, jauh di bawah jangkaan pasaran sebanyak 188 ribu.

telegram-moshed

Kadar pengangguran, bagaimanapun, susut kepada 4.9% pada bulan Januari, jatuh di bawah 5 % buat kali pertama sejak 2008. Yen mengukuh melepasi ¥115 bagi setiap Dollar buat kali pertama dalam lebih daripada satu tahun, dan hasil pulangan bon 10 tahun Jepun jatuh di bawah sifar buat kali pertama dalam rekod apabila aset ‘safe-haven’ mendapat manfaat daripada sentimen pasaran terhadap pertumbuhan yang global semakin pudar, menyebabkan trader mengurangkan jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register