728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-020

Dollar Yen menyusut sekitar 85 pips Selasa semalam dari paras tertinggi harian, sekitar 124.75, ke serendah sekitar 123.85 sebelum menutup sekitar paras 124.35; setelah spekulasi dan khabar angin bertiup dari mesyuarat G7. Dollar jatuh 1.5% berbanding Euro dan tergelincir daripada paras tertinggi 13 tahun berbanding Yen, setelah pulangan bon kerajaan Eropah meningkat dan pelabur menyokong mata wang Amerika itu, didorong oleh data pekerjaan AS yang teguh pada Jumaat.

Dollar berada lebih rendah berbanding Yen di sesi dagangan Asia, apabila para pelabur mengambil untung dari kenaikan minggu lepas, yang menolak mata wang Amerika itu ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun. Kejatuhan itu dikatakan berpunca dari laporan dan spekulasi bahawa Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah mengkritik nilai Dolar dalam mesyuarat G7 di Jerman; walaupun Obama menafikan komen tersebut.

Di pasaran Jepun, ekonomi berkembang lebih cepat daripada anggaran pada suku pertama 2015, lalu mengukuhkan pandangan bahawa Jepun sedang pulih daripada peringkat pertama kenaikan cukai penggunaan tahun lepas yang menyebabkan kemelesetan sementara, menurut kerajaan Jepun semalam.  Jepun bakal melaporkan data pesanan untuk mesin yang dijangka meleset dari 2.9% kepada -2.0% dan AS pula bakal melaporkan anggaran GDP untuk suku kedua 2015.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register