728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Mac 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Mac 2016

Dollar Yen yang memacu naik lebih 125 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥114.45, kembali merudum lebih 180 pips untuk ke paras terendah harian sekitar ¥112.60, sebelum menutup sekitar paras ¥113.15; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada komen 3 bank utama Jepun yang mengatakan bahawa susut nilai Yen telah berakhir.

Komen daripada 3 bank utama Jepun – Bank of Tokyo Mitsubishi, Sumitomo Mitsui Banking Corp, dan Mizuho Bank – yang mengatakan bahawa mereka melihat nilai Yen akan lebih kukuh pada akhir tahun ini, telah memberikan kepayahan kepada rancangan Bank of Japan untuk menggunapakai kadar negatif bagi menjana aktiviti ekonomi Jepun.  Malah, kadar tukaran USD/JPY ketika ini adalah lebih rendah selepas pengumuman tersebut.

telegram-moshed

Hujung Januari lalu, sebaik sahaja BoJ mengumumkan penggunaan kadar negatif, USD/JPY memacu naik lebih 300 pips dalam masa 24 jam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥121.70, sebelum merudum semula untuk sembilan hari seterusnya, ke paras terendah sekitar ¥110.95.  Hari ini Jepun bakal melaporkan indeks pembuatan yang dijangka bertambah baik dari 3.8 mata kepada 4.2 mata.  AS pula bakal melaporkan harga import yang dijangka bertambah baik dari -1.1% kepada -0.7%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register