728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 10 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengna pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar 123.60 ke serendah 122.95, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah Dollar melonjak ekoran sentimen kenaikan kadar pada Disember meningkat dan menghantar kadar tukaran USD/JPY ke tahap tertinggi, sejak Bank of Japan menyuntik pakej rangsangan pada Oktober 2014.

Pasaran saham Asia jatuh dan Dollar kekal pada paras 7 bulan tertinggi berbanding saingannya, selepas pasaran Asia yang tutup ketika laporan NFP disiarkan Jumaat lepas, memberikan reaksi kepada data pekerjaan AS yang teguh, sekaligus mendorong jangkaan kenaikan kadar Federal Reserve pada bulan Disember.  Yen jatuh 0.3% kepada sekitar ¥123.45 bagi setiap dolar, memanjangkan kejatuhan kepada tahap paling lemah sejak 21 Ogos.  Yen biasanya bergerak bertentangan dengan indeks saham Jepun yang diberati dengan para pengeksport.

telegram-moshed

telegram-moshed

Hari ini Jepun melaporkan akaun semasa yang meleset dari jangkaan, ¥780 bilion berbanding jangkaan ¥1.59 trilion dan ¥1.50 trilion pada sebelumnya.  Lebihan eksport yang berkurangan ini menunjukkan aktiviti pembuatan yang semakin perlahan ekoran ekonomi global yang tidak menentu.  Malam nanti, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan harga import bulanan yang dijangka kekal pada -0.1%

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register