728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-005Setelah menjunam ke paras terendah minggu ini sekitar 117.95, Dollar Yen kembali stabil pada Rabu dalam suasana dagangan “ranging”.  Pada sesi petang London, nilai tukaran adalah sekitar 118.55 Yen untuk setiap Dollar.  “Consumer confidence index” Jepun yang keluar lebih buruk dari bulan lepas, 37.7 berbanding 38.9, membantutkan permintaan lebih banyak untuk Yen, walaupun terdapat spekulasi pasaran yang mengatakan para pelabur dalam mode “risk-off” dan sedang membeli aset “safe-haven” seperti Yen, Dollar, Suisse Francs, Emas dan Perak.

Laporan GDP tempoh hari mengesahkan ekonomi Jepun sedang mengalami penguncupan pada -1.9% walaupun tidaklah seburuk tahun lepas -7.3%.  Jepun yang bakal berdepan dengan pilihanraya umum Ahad ini, akan memberikan tumpuan kepada polisi ekonomi Perdana Menteri Shinzo Abe dari Parti Liberal Demokratik.  Bancian dari Kyodo News menunjukkan Abe bakal menang mudah dengan 2/3 majoriti.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun; Dollar Amerika dilihat bakal meguasai pasaran dengan 3 data berimpak tinggi iaitu “retails sales” yang dijangka stabil pada 0.3%, “retails sales ex-auto” yang dijangka mengurang 0.1% dan “initial jobless claims” yang dijangka mengurang sebanyak 2K.

telegram-moshed

Mulakan trading anda hari ini. Deposit tanpa cas guna debit card/credit card di FXPRIMUS : Buka akaun KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register