banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-10

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥121.85 ke serendah ¥121.25, sebelum menutup sekitar paras ¥121.55 yang lebih tinggi dari pembukaan; setelah Dollar AS kembali kukuh dan memberi kesan kepada Yen apabila data pembuatan Jepun yang suram terus menunjukkan masalah dalam ekonomi negara Asia itu. Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak mentah selepas OPEC memutuskan untuk mengekalkan pengeluaran yang tinggi, membawa pelabur untuk mengalihkan wang mereka terhadap aset yang lebih selamat.

Yen Jepun, yang secara tradisinya dilihat sebagai mata wang yang selamat, mendapat manfaat daripada peralihan pelaburan ini. Melangkah ke hadapan, mesyuarat dasar monetari Bank of Japan pada minggu depan ditambah pula dengan mesyuarat FOMC, akan menjadi pemacu penting kepada pergerakan kadar tukaran USD/JPY pada masa depan.  Yen Jepun dijangka berada dalam perjalanan yang sukar untuk beberapa tahun akan datang, kerana semua petanda menunjukkan kepada susut nilai berbanding Dollar AS.

telegram-moshed

Ekonomi Jepun telah menghadapi bencana sejak awal 1990-an. Selepas “sedekad yang meleset” menjadi dua dekad, trader kini perlu berhadapan dengan kemungkinan bahawa Jepun tidak akan benar-benar pulih. Dan implikasi untuk Yen kepada prospek Dollar juga jelas tidak bagus. Selain itu, letupan dalam Yen Jepun tidak terhad kepada masa depan yang abstrak; ia adalah satu ancaman yang serius kepada ekonomi dunia.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan runcit yang dijangka meningkat dari 0.1% kepada 0.2% dan indeks harga pengeluar yang dijangka kembali kepada 0% dari kejatuhan 0.4% pada Oktober.  Sentimen pengguna AS juga dijangka naik lebih baik dari 91.3 mata kepada 92.3 mata.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register