Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009
USD/JPY meningkat hampir 130pip sejak sesi Asia pagi semalam walaupun pada hari Isnin lepas ia susut hampir 70 mata selepas kelemahan US Dollar. Peningkatan mendadak USD/JPY berikutan Bank of Japan berkata bahawa saham wang M2 di Jepun meningkat 3.4 peratus pada tahun pada bulan Januari, berada pada kedudukan 895.4 trillion Yen. Angka ini adalah berada di bawah ramalan iaitu jangkaan peningkatan sebanyak 3.6 peratus.

M3 saham wang menambah 2.8 peratus tahunan kepada 1,211.1 trilion yen – juga tidak mencapai jangkaan keuntungan sebanyak 2.9 peratus, yang sepatutnya tidak berubah dari bulan sebelumnya.

Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri berkata pada Selasa bahawa indeks mengukur aktiviti industri tinggi di Jepun turun jatuh kepada angka negatif 0.3 peratus pada bulan Disember. Ia adalah lemah berbanding sebelumnya iaitu pada kadar 0.2%.

Yen dilihat lebih “Dovish”, tambahan pula tindakan harga pasangan matawang ini juga adalah reaksi terhadap data NFP US yang keluar lebih bagus Jumaat lepas dan jangkaan FED yang ingin menaikkan kadar Interest Rate, yang pada dasarnya akan memberi kesan kepada kekuatan mata wang rizab dunia.

Hari ini tiada data berimpak tinggi dari kedua-dua negara, di samping cuti umum Bank Jepun, USD dilihat bakal menguasai pasaran.

Berminat menceburi bidang forex untuk jana income sampingan? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

 

Share This Post

Beliau adalah Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung Moshed.com setiap bulan. Follow beliau di FB personal beliau - Klik Sini

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!