728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 April 2016

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 80 pips dari paras tertinggi harian sekitar ¥108.43 ke serendah ¥107.62, sebelum menutup sekitar paras ¥107.93; setelah para trader berpindah ke dagangan ‘safe-haven’ yang di pandu oleh data inflasi China yang kurang memberangsangkan. Lonjakan Yen menolak Jepun ke dalam kemelesetan ekonomi dan selepas 20 tahun lebih memberi pinjaman untuk membiayai rangsangan fiskal, pembelian bon, dan lain-lain; Jepun seolah-olah telah kehabisan pilihan.

Sementara itu, kebimbangan terhadap strategi anti-deflasi Jepun telah dipergiatkan selepas kenaikan mendadak dalam nilai Yen berbanding Dollar telah mendorong pembuat dasar BoJ di Tokyo untuk menurunkan nilai matawang Jepun itu. Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso, menaikkan prospek campur tangan di bursa-bursa asing untuk mempertikaikan apa yang dipanggil kenaikan Yen yang “berlebihan”, yang telah mencapai 12% berbanding Dollar sejak awal 2016.

telegram-moshed

Yen yang lemah membentuk teras utama program Abenomics yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe pada akhir 2012, sejak susut nilai Yen menolak naik inflasi dengan membuatkan harga barangan import lebih mahal. Tetapi dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Yen telah mendaki akibat daripada dua faktor.

telegram-moshed

Pasaran kewangan percaya bahawa Federal Reserve AS kini berhati-hati dengan kenaikan kadar seterusnya. Pasaran juga masih belum yakin dengan Bank of Japan yang gagal untuk bertindak balas pada mesyuarat Mac lalu. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun mahupun AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register