banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Selepas membuat paras tertinggi tahunan yang baru sekitar 121.84 pada Isnin lalu, Dollar Yen terus menjunam ke paras terendah minggu ini sekitar 117.43 pada Khamis awal sesi Asia dengan para pelabur yang mula mengambil untung untuk menutup dagangan tahunan 2014.  GDP Jepun yang lebih baik dari tahun lepas, walaupun menunjukkan penguncupan, beserta dengan suasana geo-politik yang tidak menentu di Greece dan pasaran ekuiti serta komoditi yang melemah disebabkan pengucupan ekonomi China; mendorong para pelabur dan pengurus dana menambah permintaan untuk Yen.

Walau bagaimanapun, selepas ketiga-tiga data ekonomi dari Amerika Syarikat menunjukkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat yang lebih baik dengan “retail sales” melebihi jangkaan sebanyak 0.3%, “retail sales ex-auto” melebihi jangkaan sebanyak 0.4% dan “initial jobless claims” kurang dari jangkaan sebanyak 1,000 pemohon; Dollar kembali menguat pada sesi dagangan New York dan didagangkan sekitar 119.40 pada sesi petang London.  Ahad ini Jepun bakal berdepan dengan pilihan raya umum dan Shinzo Abe dari Parti Liberal Demokratik dijangka menang besar.  Kemenangan ini akan menentukan sama ada pakej ransangan ekonomi ala “abenomics” akan terus dilaksanakan sehingga Jepun keluar dari deflasi 10 dekad.

telegram-moshed

Hari ini, Jepun dengan data “industrial production” bakal berdepan dengan “producer price index” dan data berimpak tinggi “consumer sentiment index” dari Amerika Syarikat yang dijangka lebih baik; dilihat bakal memacu semula permintaan untuk Dollar.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://moshed.com/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

 

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register