banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Feb 2015

BOJ-forex-malaysia

USD/JPY melonjak hampir 120 sebagai tindak balas terhadap matawang US Dollar yang mengumpul momentum selepas beberapa penceramah Fed minggu ini mengesahkan kenaikan kadar faedah mungkin berlaku pertengahan tahun ini. Jepun bercuti semalam dan tidak ada data yang dikeluarkan. US Dollar meningkat kepada puncak tertinggi dalam tempoh satu bulan kebelakang berbanding Yen. Sementara itu, ekonomi dan posisi matawang lain juga masih terkesan dengan perbincangan pembelian hutang baru Greece.

“Semua orang cuba untuk mendapatkan posisi yang betul dari apa yang akan berlaku dengan Greece,” kata John Doyle, pengarah pasaran di Tempus Consulting di Washington. Kebimbangan bahawa kerajaan baru Greece boleh mencari jalan keluar dari kebuntuan penggunaan matawang tunggal disamping Jerman telah mula memberi tekanan kepada Euro dalam minggu ini.

telegram-moshed

Yen tenggelam ke paras terendah terbaru dalam lima minggu berbanding US Dollar semalaman kerana peniaga lebih suka menyimpan USD di tengah-tengah ketidaktentuan sekitar ceramah penjimatan berterusan Greece. Sementara itu, peniaga kini mengalihkan fokus mereka pada data ekonomi dari Amerika Syarikat awal pagi hari ini untuk memberi momentum lagi pada pasangan. Federal Budget Balance data yang keluar lemah sedikit memberikan USD/JPY susut beberapa mata walaupun ia tidak di anggap data yang berimpak tinggi.

Justeru itu, Yen kembali memberikan saingan kepada matawang Amerika itu selepas pesanan jentera teras Jepun melonjak pada bulan Disember ini menunjukkan bahawa ekonomi kembali ke pertumbuhan pada suku terakhir tahun lalu. Pesanan untuk jentera selain barangan utiliti dan kapal naik 8.3% m/m pada bulan Disember, menambah kepada kenaikan 1.3% sebulan lebih awal, berbanding dengan jangkaan peningkatan 2.4%.

Sekarang, semuanya tertumpu kepada data pelepasan ekonomi Amerika dan data pekerjaan yang akan dikeluarkan jam 9.30pm malam ini dan pertumbuhan data yang baik dari Amerika ini bakal menekan Yen kerana ia akan memberikan situasi yang sesuai untuk Fed membincangkan tentang kenaikan Interest Rate pada pertengahan 2015.

Berminat fahami lebih tentang fundamental Analisis gaya MoshedFX? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register