USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2015

0 7

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001Dollar Yen yang melonjak dari harga sokongan 119.00 apabila NFP dan “unemployement rate” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan; menyusut hampir 150 mata, dari paras tertinggi sekitar 119.88 Jumaat lalu, apabila pasaran dikejutkan dengan berita krisis perkauman dan agama di Perancis.  Yen, Dollar, dan Swiss Francs adalah matawang “safe-haven” selain logam berharga emas dan perak; yang sering dibeli oleh para pelabur tatkala berlakunya sebarang krisis.

Dow Jones Index AS yang menutup minggu sebelumnya dengan “bearish engulfing candle”, menutup minggu lepas dengan “bearish doji” sekitar 17,719.50 menunjukkan sentimen pasaran dalam dagangan berhati-hati setelah berada pada paras yang tertinggi dalam masa 5 tahun.

Pada masa yang sama, Nikkei Index Jepun menutup minggu lepas sekitar 16,894 dijangka membentuk “3 black crows” minggu ini.  Diberitakan semakin ramai pelabur yang menjual pegangan ekuiti mereka di pasaran Jepun ekoran ketidakyakinan terhadap Program “Abenomics” 2.0 Jepun dalam menjana ekonomi negara matahari terbit itu.

Hari ini tiada sebarang data berimpak tinggi bakal dilaporkan dari kedua-dua negara.  Pasaran dijangka dalam dagangan tipis dan “ranging”.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa