banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen melonjak lebih 120 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥118.00 sebelum susut semula dan menutup sekitar paras ¥117.75; setelah pasaran Jepun ditutup untuk bercuti sempena menyambut “seijin-no-hi” yang menjadi tanda masa bagi muda-mudi yang mencapai umur 20 tahun.  Pada masa yang sama, pasaran Asia yang berdagang seperti Hong Kong dan Singapura, terus memberikan reaksi kepada laporan NFP AS yang memberansangkan pada Jumaat lepas.

Pasaran komoditi yang terus jatuh, ekoran kebimbangan pasaran terhadap ekonomi global, terus memberikan permintaan untuk Yen apabila para trader mencari aset ‘safe-haven’.  Dalam pada itu, kenaikan kadar selanjutnya oleh Federal Reserve AS, selepas bulan lalu yang menaikkan kos pinjaman untuk kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad, juga akan memberi tekanan pada pasaran mata wang.

telegram-moshed

Tekanan utama ketika ini datang dari China, dimana Bank Pusat China disyaki campur tangan beberapa kali dalam seminggu lalu, untuk melambatkan penurunan renminbi ini. Semalam People Bank of China (PBoC) menetapkan kadar tukaran USD/CNY pada 6.5626, sekaligus menandakan mata wang China kukuh sedikit berdasarkan penetapan Jumaat pada kadar 6.5636. Bank pusat China membolehkan kadar tukaran Yuan naik atau turun pada maksima 2% berbanding dolar, berbanding dengan kadar rasmi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register