Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-006

Dollar Yen kembali melonjak lebih 150 pips Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 122.60 untuk mencapai paras tertinggi sekitar 124.15, sebelum menutup sekitar paras 123.40; selepas terkesan dari komen Gabenor Bank of Japan yang mengatakan bahawa kejatuhan terus Yen adalah agak mustahil.  Pagi ini kadar tukaran USD|JPY kembali ke landasan yang betul dengan didagangkan sekitar 123.47 ketika artikel ini ditulis.

Mr Haruhiko Kuroda, Gabenor Bank Pusat Jepun, berkata kepada jawatankuasa parlimen bahawa Yen telah susut nilai jauh di tengah-tengah spekulasi rangsangan monetari selanjutnya. Mr Kuroda berkata langkah oleh Federal Reserve AS untuk mengangkat “interest rate” “tidak semestinya membawa kepada Yen yang lebih murah”. Walaupun penurunan mendadak Yen adalah berita baik untuk pengeksport Jepun, ia telah menolak naik kos import dan menghakis kuasa beli pengguna.

telegram-moshed

Yen yang meningkat lebih 1.3% berbanding Dollar AS selepas Bank of Japan Gabenor Haruhiko Kuroda berkata mata wang Jepun adalah “lemah” dan tidak mungkin terus lemah, menyebabkan pelabur mengurangkan penjualan Yen.  Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan Index Harga Pengeluar (PPI) bulanan yang dijangka meningkat dari -0.4% kepada 0.4% dan sentimen pengguna yang juga dijagka meningkat dari 90.7 kepada 91.3

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register