USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Mar 2015

0 5

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen menokok sekitar 80 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 121.62 ; selepas pasaran menutup dagangan hari Selasa dengan membentuk ‘bearish pin bar’ di carta harian.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|JPY berada diatas pivot harian – sekitar 121.30 – dan berdepan dengan resistance sekitar 121.70

Di Amerika Syarikat, pasaran dipenuhi spekulasi bahawa Federal Reserve bakal menaikkan “interest rate” pada musim panas ini.  US Dollar Index kini telah pun hampir mencecah 100, dengan Index S&P 500 telah pun menutup dibawah pivot bulanan sekitar 2068.50  Di Jepun pula, Index Nikkei yang menutup dengan doji pada minggu lepas, terus memacu naik dan kini berdepan dengan resistance sekitar 18,970.

Hari ini Jepun bakal melaporkan “consumer confidence index” yang dilaporkan pada 39.10 bulan lepas.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data berimpak tinggi “retail sales” bulanan yang dijangka meningkat dari -0.8% kepada 0.3%, dan “unemployment claims” yang dijangka mengurang dari 320 ribu kepada 305 ribu pemohon.  Keadaan ini dilihat memihak kepada Dollar dan sebarang kejatuhan nilai tukaran USD|JPY adalah peluang untuk belian.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa