728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Mei 2016

Dollar Yen jatuh lebih 95 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥108.35 sebelum menutup sekitar paras ¥108.37; setelah para pelabur mula mengambil untung belian hasil kenaikan sejak enam hari lalu.  Kenaikan kadar tukaran USD/JPY adalah hasil dari amaran pegawai-pegawai Bank of Japan baru-baru ini, tentang campur tangan dalam pasaran matawang bagi mengawal nilai Yen untuk melindungi eksport Jepun.

Juga membantu meningkatkan nilai Yen adalah pemikiran bahawa campur tangan Bank of Japan tidak akan menjadi satu tugas yang mudah, terutamanya kerana tindakan tersebut tidak disukai oleh beberapa negara termasuk Perbendaharaan AS. Ramai pelabur juga merasakan bahawa Jepun akan berhati-hati menjalankan campur tangan mata wang, sebelum ia menjadi tuan rumah mesyuarat G7 pada akhir bulan ini.

Faktor-faktor teknikal boleh juga diambil kira dengan kenaikan baru-baru ini melegakan tekanan penurunan, dan memberikan pelabur peluang untuk menjual semula pada tahap harga yang lebih baik. Ini boleh menggerakkan kadar tukaran pada jangka masa terdekat ke dalam sekurang-kurangnya ¥107,45. Kejatuhan semalam juga menunjukkan bahawa trader dan pelabur cuba menguji ketegasan BoJ dalam bertindak, walaupun ianya bukanlah sesuatu yang disukai BoJ.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 274 ribu kepada 277 ribu pemohon.  Jepun pula bakal melaporkan angka akaun semasa yang dijangka bertambah dari ¥1.69 trillion kepada ¥1.90 trillion.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register