728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 12 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-008

Dollar Yen terus berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari ketiga Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 45 pips dari paras tertinggi harian sekitar 123.20 ke serendah 122.75, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah pasaran masih lagi dalam mood tidak menentu dan mengambil untung belian, pasca laporan NFP yang mengejutkan pasaran minggu lepas dan menguatkan sentimen kenaikan kadar AS dalam mesyuarat FOMC bulan depan.

Di pasaran global, laporan mengenai jualan runcit Cina, pengeluaran kilang dan pelaburan aset tetap, menunjukkan ekonomi nombor 3 dunia itu menghadapi ancaman deflasi. Suku lepas, pasaran global berada dalam keadaan paling tidak menentu dalam tempoh empat tahun, selepas kebimbangan terhadap kesan global daripada kelembapan di China yang mencetuskan kejutan penurunan nilai mata wang dan kejatuhan pasaran ekuiti tempatan.

telegram-moshed

Di pasaran Jepun, satu panel kerajaan daripada wakil-wakil sektor akademik dan perniagaan akan menggesa kenaikan mendadak dalam gaji minimum untuk meningkatkan GDP nominal Jepun kepada ¥600 trilion dalam tempoh lima tahun, menurut sumber-sumber yang rapat dengan kerajaan Jepun.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register