728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-009

Dollar Yen menyusut lebih 55 pips Jumaat lalu, dalam dagangan tipis dari paras tertinggi harian, sekitar 120.60 ke serendah 120.05; sebelum menutup pada paras 120.30, sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|JPY untuk berada di bawah pivot hari ini, sekitar 120.35  Carta harian telah berubah kepada ‘uptrend’ pada Selasa lalu apabila ‘downtrend’ dibatalkan pada pivot bulanan, sekitar 120.15

Di pasaran Amerika Syarikat, kenyataan beberapa ahli majlis FOMC Federal Reserve yang mengatakan kenaikan pada June ini, adalah masih munasabah dan bergantung kepada laporan ekonomi semasa.  Dengan keadaan ini, para pedagang dijangka akan lebih sensitif dalam bertindak balas terhadap sebarang laporan ekonomi AS.

telegram-moshed

Di pasaran Jepun pula, Bank of Japan dalam laporan polisi kewangan terbarunya minggu lepas, mengatakan ekonomi Jepun dijangka terus berkembang walaupun sederhana.  CPI tahunan dijangka terus stabil buat masa ini, lantaran kejatuhan harga bahanapi.  Dengan polisi kewangan yang bertentangan antara kedua-dua negara, Dollar dijangka akan terus mendapat permintaan.

Hari ini Jepun bakal menyiarkan minit mesyuarat polisi kewangan tempoh hari, dengan laporan tahunan dan bulanan “machinery orders”.  “Machinery orders” tahunan dijangka meningkat dari 1.9% kepada 3.7% dan bulanan pula dijangka mengurang dari -1.7% kepada -2.8%  Dengan ketiadaan sebarang laporan ekonomi dari Amerika Syarikat hari ini, Yen berpotensi untuk kembali menguasai pasaran, walaupun ianya dilihat bersifat sementara.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register