Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

Dollar Yen melonjak lebih 90 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥108.78 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar  paras ¥108.53; setelah Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshihide Suga mengatakan bahawa pergerakan Yen baru-baru ini adalah berat sebelah dan dipenuhi spekulasi.  Pasaran kini menjangka kerajaan Jepun akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengawal nilai Yen.

“Pasaran tidak takut dengan campur tangan BoJ pada tahap ini,” menurut Vassili Serebriakov, strategis mata wang BNP Paribas di New York. “Kebanyakan orang melihat pada ¥100 sebagai paras yang lebih realistik di mana Jepun boleh campur tangan.” tambah beliau lagi. Data ekonomi yang lemah dan ketidaktentuan dasar kewangan AS telah menyumbang kepada penghindaran risiko, meningkatkan selera pelabur untuk aset-aset ‘safe-haven’.

Menurut minit dari mesyuarat dasar monetari Federal Reserve AS yang terbaru, “ramai peserta menyuarakan pandangan bahawa keadaan ekonomi dan kewangan global masih boleh menimbulkan risiko yang ketara.” “Ramai menunjukkan bahawa risiko global yang meningkat dan keupayaan dasar monetari untuk bertindak balas mewajarkan pasaran untuk lebih berhati-hati.”

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data jualan runcit bulan Mac yang dijangka bertambah baik dari -0.1% kepada 0.1% dan harga pengeluar yang juga dijangka bertambah baik dari -0.2% kepada 0.3%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Jepun hari ini.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!