728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

USDJPY Analisa Fundamental Harian 13 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen jatuh merudum lebih 120 pips Khamis semalam, pada pagi sesi Eropah; apabila Yen mendapat permintaan ekoran berita krisis geo-politik Ukraine meletus semula.  Paras tertinggi harian sekitar 120.47 yang dicapai pada petang Asia, menjunam ke serendah sekitar 118.71 apabila pasaran pagi Eropah bermula.  Walau bagaimanapun Dollar dibeli semula untuk stabil sekitar 119.50 pada sesi pagi New York.

Dollar dilihat akan terus mendapat permintaan, lantaran komen-komen dari wakil Federal Reserve Amerika Syarikat yang bertegas mahu menaikkan “interest rate” secepat mungkin.  Pada masa yang sama, di Jepun tiada sebarang data ekonomi dilaporkan semalam, dan pasaran dilihat lebih suka memegang Dollar berbanding Yen, bagi menghadapi krisis “Grexit” di Eropah.

telegram-moshed

Ketidakstabilan politik Greece dilihat bakal memberi lebih permintaan untuk Dollar berbanding Yen, ekoran program “Abenomics 2.0” di Jepun.  Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Jepun, Dollar dilihat kembali menguasai pasaran terutamanya jika “consumer sentimen index” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  “Consumer sentimen index” dijangka stabil pada 98.1

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register